|
|
Jan 16, 2007
Semoga tahun 2007 bakal menambahkan lagi nilai murni dalam segenap aspek kehidupan saya dan anda juga.
Kepada pengunjung yang rasa hendak mengutuk pun, dipersilakan lah buat komen dan kutukan kepada saya seberapa banyak yang saudara suka. Saya sedia menerima dan kemudian menilai setiap baris teguran anda itu.
Ada yang menulis "haram" saya sokong Amirul AF4. Jawapan saya: Saya meminati beliau, lebih baik dari saya menyokong "ajaran sesat" yang dibawa oleh kumpulan al Arqam dan serpihan daripadanya.
Posted at 12:09 pm by sstw06_1
Permalink
Dec 12, 2006
http://www.ejawi.net/converter.php

Laman ini menawarkan pengguna menukar ejaan rumi kepada jawi secara online.
Apabila ejaan jawi diperolehi, pengguna perlu copy dan pastekan ke dalam dokumen
yang sedang ditaip. Sesuai untuk rujukan semua terutamanya guru dan murid.
Selamat mencuba.
Posted at 10:32 am by sstw06_1
Permalink
Dec 6, 2006
Hujung-hujung tahun begini, "tukar
sekolah" jadi bualan kebanyakan guru. Bagi yang berkerja di jabatan bukan
pendidikan pun ada juga yang bertukar ke tempat lain. Sama ada dengan melalui
permohonan ataupun dipindahkan. Fenomena biasa bagi guru-guru dan penjawat awam.
Kerja makan gaji, ikut perintah dengan setia tanpa bantah.
Suatu waktu dulu Pakteh juga sibuk
isi borang tukar untuk balik kampung. Bila hujung tahun sahaja menunggu
surat sama ada permohonan kali ini
berjaya atau tidak. Pakteh hendak tukar bukan kerana tidak sesuai berkerja di
tempat lama, cuma terlalu lama dan berhasrat untuk berkhidmat di negeri sendiri
pula sementara tenaga masih kuat dan otak masih boleh pakai. Kalau nak tunggu
kepala otak dah ting tong, bertugas di mana-mana pun sudah tidak jadi hal
lagi.
"Cikgu..
sya nak tukarkan anak saya ke sekolah Bt 29. Nak suruh anak duduk asrama" kata
seorang ibu murid pada saya beberapa hari yang lalu.
Ini lain
kes. Bukan berkenaan tukar tempat bertugas lagi. Ini berkenaan dengan murid.
Budak sekolah tempat Pakteh mengajar. Sebenarnya kes ini biasa sahaja. Cuma
Pakteh merasai sesuatu yang menyentuh hati kecil pakteh setelah habis berbual
dengan ibu murid itu.
Pakteh
kenal anak makcik ini. Murid sekolah ini bukannya ramai, hanya 89 orang sahaja semuanya. Kalau
sekolah besar hanya untuk 2 kelas sahaja. Anak makcik ini, memang kurang
bersemangat dalam pelajaran. Kerja rumah selalunya tidak disiapkan. Ada sesuatu
yang tersimpul di fikiran, anaknya ini kuat main, bebas bergaul dengan
kawan-kawan hinggakan pihak keluarga membuat keputusan untuk tempatkan anaknya
ini di sekolah berasrama.
Berbalik
kepada isu ibu mahu anaknya ditukarkan ke sekolah lain ini, pakteh terfikir...
betapa teruk sangat kah komitmen guru-guru di sekolah ini hinggakan nak tukarnya
anaknya. Seolah-olah sekolah ini tidak bagus. Sekolah lain yang bagus. Oleh
kerana Pakteh seorang guru, Pakteh fikir positif. Anak murid tidak pandai, tentulah salah cikgu
yang kurang mendidik muridnya sehingga pandai. Jadi cikgu yang bersalah.
Dengan itu, cikgu kena buat koreksi
dalam tugas P&P sebelum ini. Cikgu kena kuatkan azam dan tekad untuk
"memandaikan" anak didiknya. Cikgu jangan mengajar lebih kurang hanya melepaskan
batuk ditangga. Cikgu kena rajin masuk kelas dan mengajar dengan jujur dan
ikhlas, selain berserah kepada Tuhan agar Tuhan tunjukkan jalan kepada anak-anak
didik untuk memahami isi pelajaran di samping rajin berusaha untuk mengingat isi
pelajaran yang dipelajari.
Akan
tetapi bila di renung setiap muka murid-murid dalam kelas, ada pula yang pandai
dan dapat A. Cikgu, ibu bapa dan murid perlu tawakal kepada Allah. Allah yang
menentukan. Sepatutnya pihak keluarga kena fikir banyak kali sebelum membuat
keputusan menempatkan anaknya di asrama. Dikhuatiri anak itu akan menghadapi
stress yang lebih teruk dan peristiwa lari dari asrama biasa juga
terjadi.
"Apa
betul kah aku tak tahu mengajar" hendak tergelak pun ada.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan murid tidak pandai sebenarnya terlalu
banyak. Malas hendak cerita untuk kali ini. Bukan faktor utama kalau kita
menuduh guru tidak tahu mengajar sehinggakan anak-anak kita kurang pandai. Ada
la kebenarannya, tapi sumbangannya terlalu sedikit. Faktor lain yang lebih kuat
menyumbang kelembapan anak-anak.
Posted at 02:45 pm by sstw06_1
Permalink
Dec 4, 2006
Muslim sejati tidak masuk dua kali dalam satu lubang
oleh: Pakteh
Kawan-kawan yang masih giat dan bekas-bekas anggota al Arqam
sekalian. Cukuplah dengan impian lama anda yang macam-macam itu. Pergerakan al
Arqam pula sudah lama diharamkan di Malaysia
kerana ianya difatwakan sesat dan merosakkan akidah. Masih ramai pengikut al
Arqam yang bergentayangan dan masih "rindu" kepada aktiviti lama
mereka yang sebelum ini terpaksa dibekukan seketika kerana kekangan pihak
kerajaan. Apabila mereka nampak pihak kerajaan mula kerang memantau mereka,
maka mulalah tunjuk pandai dan cuba
untuk menghidupkan amalan sesat itu semula.
Kita kesian dengan mentaliti mereka yang tersesat akidahnya
ini. Susah nak dipulihkan. Masih nak berangan untuk
dapat kembali mengamalkan amalan sesat itu. Apalah yang menyeronokkan sangat?
Inilah padahnya kalau mengaji tanpa guru yang mursyid. Menuntut ilmu (agama)
dengan pembacaan sahaja. Mudah nak jadi sesat. Ilmu
agama dan akidah bukan boleh dituntut dengan membaca. Ilmu nak buka blog peribadi,
boleh la.
Pakteh ada juga menerima soalan-soalan berkenaan dengan
"penyelamat dunia akhir zaman" dari seorang kawan semasa chatting
dalam Yahoo Messenger akhir-akhir ini. Tinggal lagi Pakteh tak layan sangat,
jawab gitu-gitu saja. Lagi pun, Pakteh tak reti nak berhujjah.
"Tak faham la Pakteh"
Suatu ketika dulu, al Arqm diharamkan. Pihak kerajaan telah
mengeluarkan fatwa dan memberi penerangan. Sepatutnya pengikut-pengikut ajaran
sesat itu sudah boleh faham dan serik. Ini tidak. Nak juga buat hal yang
menyesatkan itu. Sepatutnya peristiwa lama itu dijadikan sempadan dan dapat
menimba pengalaman. Bukan buat pekak badak sahaja.
"Muslim sejati tidak masuk dalam satu lubang dua
kali" itu adalah mafhum satu hadis nabi yang jelas menyindir orang yang
tidak tahu berfikir untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam
permasalahan yang serupa. Oleh itu, wahai kawan-kawan dalam Rufaqa' dan Arqam,
fikirlah dengan kehalusan hatimu. Jangan terpedaya dengan omongan yang
merugikan diri sendiri.
Rufaqa
pun haram juga kerana sama sahaja dengan al Arqam. Ejaan nama dan sebut
sahaja yang lain. Ajarannya serupa la.
Ketika Pakteh hadir kursus perdana di Klang bulan Sept yang
lalu, Pakteh dapat penerangan dalam salah satu slot yang disampaikan oleh
pegawai polis Bukit Aman. Beliau juga sudah menyebut tentang kembalinya ajaran
al Arqam yang menyesatkan ini. Polis sudah lama menyedari percubaan untuk mewujudkan
semula ajaran ini, cubacuba
dibawa. Bila cukup masanya, baru hendak dicekup. Polis diam, bukan maknanya
tidak buat kerja. Cuma menunggu masa dan ketika untuk bertindak.
sengaja polis nak lihat berapa besarnya "lemak" yang
Posted at 06:39 pm by sstw06_1
Permalink
Dec 3, 2006
Apabila
Pakteh menerima risalah pamplet mengenai kurban yang dihantar oleh ABIM itu
mengingatkan kepada ibadat kurban yang hampir Pakteh terlupa. Terlupa kerana
kesibukan tugas harian. Sememangnya hidup ini perlu peringatan dari seseorang.
Sifat
manusia memang pelupa. Manusia dalam bahasa Arab disebut Insan yang maknanya pelupa. Betul la ka Tun Mahathir
"Melayu Mudah Lupa". Bercakap pasal lupa ni, bukan melayu sahaja,
tetapi manusia itu sendiri yang sifatnya adalah pelupa dan memerlukan
peringatan sentiasa. Berilah peringatan kepada Pakteh
apabila kamu melihat Pakteh ini lupa diri. Pakteh menerimanya dengan
rasional. Sesuai dengan kata nabi "Agama itu Nasihat".
Hujung-hujung
tahun 2006 ini, peristiwa besar yang sepatutnya dikenang ialah ibadat kurban,
hari raya kurban dan orang-orang yang berkunjung menunaikan fardu haji di
Mekah. Masukkanlah dalam bingkisan doa kita untuk mereka yang menunaikan ibadat
haji itu agar memperolehi ganjaran haji mabrur meskipun kita masih belum
berkesempatan menunaikannya.
Pakteh
ada niat untuk menunaikan haji, cuma simpanan saja yang tak kecukupan. Kalau boleh Pakteh nak pergi awal ke sana (Mekah), sementara kederat
masih kuat. Kalau sudah terlalu tua, nak buat ibadat pun susah. Ya, pergi Mekah
tu bukan suka-suka, tapi nak buat ibadat. Ustaz kata, niat untuk ke sana mesti ada. Niat pun dah dapat
pahala. Betul tak ustaz ? Pakteh tak pandai... mengaji tak tinggi.
Hidup
perlu pengorbanan!. Apa pengorbanan yang kita telah buat terutamanya tahun ini.
Pengorbanan khusus yang Pakteh juruskan di sini ialah ibadat kurban. Seoatutnya
boleh dilakukan untuk kali ini. Untuk tahun 2006 ini. Pengorbanan umum tu,
semua orang pun dah biasa buat. Betul tak? Cuma antara sedar dengan tidak
sahaja. Kalau orang tak perkatakan mengenainya kita lupa pengorbanan seseorang
itu. Kita sendiripun banyak sudah berkurban untuk macam-macam perkara...
contohnya; demi anak-anak, isteri dan sebagainya maka kita telah kurbankan
sesuatu.
Mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Mekah itu bukan semuanya
orang-orang kaya. Orang miskin pun ramai. Itu kerana mereka
banyak berkorban untuk merealisasikan impian mereka menunaikan ibadat haji.
Semoga pengorbanan mereka ini mendapat ganjaran besar dari Allah.
Posted at 05:37 pm by sstw06_1
Permalink
Dec 2, 2006
Ayah ibu permata hati kita
Tiba-tiba saya terkenangkan ayah yang sudah tiada. Terkenangkan ibu yang sudah tua. Ibu sendirian walaupun rumah kami tidak berjauhan, hanya 20 langkah sahaja. Ibu ingin tinggal sendiri, tidak mahu bersama-sama di rumah saya mungkin kerana sebabnya tersendiri. Walaubagaimanapun, seringkanlah berdoa agar Allah memelihara dan merahmatinya. Baca kisah ibu dan ayah.
Posted at 12:55 pm by sstw06_1
Permalink
Dec 1, 2006
Yahoo Mesenger berasaskan web
Hari ini terasa ingin pula menulis mengenai Yahoo Mesenger (ym). Memang popular di kalangan chatter terutamany a yang menggunakan Yahoo ID. Zaman ini, jarang orang yang tak kenal Yahoo. Ada orang kata "Yahudi". Apa-apa aje lah. Apa yang penting bagi saya ianya berguna dan free. Kalau berbayar, fikir 15 kali nak guna ym ini. Oh ya! cakap pasal ID ym ni, untuk makluman semua id saya ialah "ustazyasin". Perkhidmatan ini selain free ia juga mudah digunakan dan senang untuk penggunanya berkongsi fail, berchatting, malah boleh guna video lagi selain suara. Hebat! Menggunakan PC Tentunya bagi pengguna PC tidak jadi masalah untuk menggunakan ym ini. Dari laman web yahoo, kita sudah boleh nampak iklan berkenaan ym ini. Kita boleh download dan install di PC. Untuk menggunanya tentu sekali mesti adayahoo id. Belum ada? Silakan ke laman yahoo untukregister. Fail installer itu lumaian juga besarnya. Kalau guna dial-up, "sabor aje la". Menggunakan PDA Setakat ini saya belum jumpa lagi installer ym untuk versi pda. Sekiranya orang yang guna handphone yang boleh wap, rasanya ada installer dia iaitu kalau tak silap saya ialah "yahoo go". Yahoo Go tidak dibangunkan untuk windows mobile. Hingga kini, setelah dibedah siasat, saya menemui laman web yang memberikan kemudahan kepada pengguna-pengguna Windows Mobile berchatting menggunakan ym id mereka. Menggunakan perkhidmatan itu, rasa janggal sikit tetapi berkesan. Boleh login guna id yahoo kita dan chat seperti biasa menerusi pda yang menggunakan windows mobile dan internet explorer. Berminat? cuba di sini ya. Hanphone yang hanya boleh baca fail xhtml tu lain. Jangan marah. Kekuatan dan Kelemahan Laman ebuddy.com yang menawarkan perkhidmatan ini tentu saja tidak dapat memenuhi kehendak semua. Kekurangan ebuddy ini ialah: Kebaikannya pula, tentulah free!! http://moby.ebuddy.com/
Posted at 10:55 am by sstw06_1
Permalink
Nov 30, 2006
"Wah! tak ingat la asal usul dan tarikh lahir kami"Apa yang kami tahu nama kami ialah "abang" dan "kakak". Kami tak tahu kenapa, sedangkan kedua-dua kami adalah kucing jantan. Dulu kami sering dimanjakan. Dicium dan segala macam bentuk manja yang diberikan oleh tuan-tuan kami. Kami diberi hidangan kegemaran iaitu friskes setiap hari. Apabila dengar bekas friskes digoncang kami akan berlari mendapatkannya. Tuan akan memberikan. Emmm menjilat bibir. Kami menyukainya. 
Kami tidur beralaskan kusyen. Mana-mana tempat yang kami suka. Bila bangun tidur, dapat cakar-cakar dinding papan, meregangkan urat. Berak pun dalam rumah. Bakul khas berisi pasir disediakan untuk kami. Indahnya jadi kucing. Sekali sekala kami dimandikan. Siap bershampu lagi. Kami tak suka, sejuk. Tuan paksa juga kami mandi. Sekarang lain. Semuanya sudah berubah 100%. Sedih, tapi kami setia. Tentu ada hikmah dan sebabnya perubahan ini. Kami terpaksa laluinya dengan sabar. Tuan tetap kami respect. Tidak boleh tidur dalam rumah beralaskan kusyen lagi. Jangankan nak tidur dan bersenang lenang dalam rumah, nak masuk pun tak boleh. Sesekali, kami menerpa juga masuk ke rumah apabila ada peluang. Bukan apa, rindu nak lihat-lihat keadaan dalam rumah tempat kami pernah dimanjakan. Bila kami melangkah untuk masuk, tuan pancutkan air dalam pam spray. Eee.. kami memang takutkan air. Kami cuba masuk melalui tingkap, pun kena pancut atas muka! Jadi sekarang terpaksalah kami duduk di luar siang malam. Makan pun di luar. Dan tidak makan friskes lagi, makan nasi bersama ikan sahaja. Kenapa tuan buat macam itu kami tak faham. Mungkin sebab kami berak cair. Dua-dua kami kena berak cair. Mungkin kerana kami tersalah makan. Kami makan cicak. Dan mungkin juga sebab kami termakan mengkarung. Sebab itulah kami kena sakit berak cair ni. Akibatnya kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah lagi. Mak tak berak cair, jadi ada kelonggaran untuk masuk ke rumah... nasib badan. Sedihnya.... Tapi kami tetap setia macam dulu. Harap tuan memahami kami. Maafkan kami ya, tuan. Kami di luar ini, tak ke mana-mana... tunggu rumah. Kadang-kadang kami tidur atas bonet kereta. Kadang-kadang atas rak akuarium atau pun atas alas kaki. Tapi yang menyampahnya bila ada kucing jahat yang datang mengganggu kami. Dah lah kami kesejukan di luar, ada pula pengacau. Nasib baik, tuan selalu membantu kami apabila kami diganggu oleh kucing-kucing jahat itu. Terima kasih tuan, kami sayang tuan. Kami doakan tuan cepat kaya.
Posted at 05:19 pm by sstw06_1
Permalink
Nov 28, 2006
Sifat Perempuan yang menarik perhatian
Masa saya menjelajah blog kawan-kawan, terjumpa artikel menarik yang ingin dikongsikan dengan pengunjung pakteh. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tulisannya berkisar sifat-sifat perempuan yang disukai oleh kaum lelaki. Ianya diterangkan secara ringkas tetapi jelas dan berguna.
Posted at 01:48 pm by sstw06_1
Permalink
Nov 27, 2006
Ulama bantah khatan wanita
Apa ke cerita pulak ni. Setahu saya, hukumnya sunat. Itulah dia kalau manusia semakin pandai semua hukum akan cuba diubah termasuklah wanita boleh jadi imam solat jumaat. Mengenai khatan ini, kawan saya yang kirimkan dari berita harian.
Posted at 11:19 am by sstw06_1
Permalink
|
|
|