"Wah! tak ingat la asal usul dan tarikh lahir kami"Apa yang kami tahu nama kami ialah "abang" dan "kakak". Kami tak tahu kenapa, sedangkan kedua-dua kami adalah kucing jantan. Dulu kami sering dimanjakan. Dicium dan segala macam bentuk manja yang diberikan oleh tuan-tuan kami. Kami diberi hidangan kegemaran iaitu friskes setiap hari. Apabila dengar bekas friskes digoncang kami akan berlari mendapatkannya. Tuan akan memberikan. Emmm menjilat bibir. Kami menyukainya.

Kami tidur beralaskan kusyen. Mana-mana tempat yang kami suka. Bila bangun tidur, dapat cakar-cakar dinding papan, meregangkan urat. Berak pun dalam rumah. Bakul khas berisi pasir disediakan untuk kami. Indahnya jadi kucing. Sekali sekala kami dimandikan. Siap bershampu lagi. Kami tak suka, sejuk. Tuan paksa juga kami mandi.
Sekarang lain. Semuanya sudah berubah 100%. Sedih, tapi kami setia. Tentu ada hikmah dan sebabnya perubahan ini. Kami terpaksa laluinya dengan sabar. Tuan tetap kami respect. Tidak boleh tidur dalam rumah beralaskan kusyen lagi. Jangankan nak tidur dan bersenang lenang dalam rumah, nak masuk pun tak boleh. Sesekali, kami menerpa juga masuk ke rumah apabila ada peluang. Bukan apa, rindu nak lihat-lihat keadaan dalam rumah tempat kami pernah dimanjakan.
Bila kami melangkah untuk masuk, tuan pancutkan air dalam pam spray. Eee.. kami memang takutkan air. Kami cuba masuk melalui tingkap, pun kena pancut atas muka!
Jadi sekarang terpaksalah kami duduk di luar siang malam. Makan pun di luar. Dan tidak makan friskes lagi, makan nasi bersama ikan sahaja.
Kenapa tuan buat macam itu kami tak faham. Mungkin sebab kami berak cair. Dua-dua kami kena berak cair. Mungkin kerana kami tersalah makan. Kami makan cicak. Dan mungkin juga sebab kami termakan mengkarung. Sebab itulah kami kena sakit berak cair ni. Akibatnya kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah lagi. Mak tak berak cair, jadi ada kelonggaran untuk masuk ke rumah... nasib badan.
Sedihnya.... Tapi kami tetap setia macam dulu. Harap tuan memahami kami. Maafkan kami ya, tuan. Kami di luar ini, tak ke mana-mana... tunggu rumah. Kadang-kadang kami tidur atas bonet kereta. Kadang-kadang atas rak akuarium atau pun atas alas kaki. Tapi yang menyampahnya bila ada kucing jahat yang datang mengganggu kami. Dah lah kami kesejukan di luar, ada pula pengacau. Nasib baik, tuan selalu membantu kami apabila kami diganggu oleh kucing-kucing jahat itu. Terima kasih tuan, kami sayang tuan. Kami doakan tuan cepat kaya.
Posted at 05:19 pm by
sstw06_1