Apabila
Pakteh menerima risalah pamplet mengenai kurban yang dihantar oleh ABIM itu
mengingatkan kepada ibadat kurban yang hampir Pakteh terlupa. Terlupa kerana
kesibukan tugas harian. Sememangnya hidup ini perlu peringatan dari seseorang.
Sifat
manusia memang pelupa. Manusia dalam bahasa Arab disebut Insan yang maknanya pelupa. Betul la ka Tun Mahathir
"Melayu Mudah Lupa". Bercakap pasal lupa ni, bukan melayu sahaja,
tetapi manusia itu sendiri yang sifatnya adalah pelupa dan memerlukan
peringatan sentiasa. Berilah peringatan kepada Pakteh
apabila kamu melihat Pakteh ini lupa diri. Pakteh menerimanya dengan
rasional. Sesuai dengan kata nabi "Agama itu Nasihat".
Hujung-hujung
tahun 2006 ini, peristiwa besar yang sepatutnya dikenang ialah ibadat kurban,
hari raya kurban dan orang-orang yang berkunjung menunaikan fardu haji di
Mekah. Masukkanlah dalam bingkisan doa kita untuk mereka yang menunaikan ibadat
haji itu agar memperolehi ganjaran haji mabrur meskipun kita masih belum
berkesempatan menunaikannya.
Pakteh
ada niat untuk menunaikan haji, cuma simpanan saja yang tak kecukupan. Kalau boleh Pakteh nak pergi awal ke sana (Mekah), sementara kederat
masih kuat. Kalau sudah terlalu tua, nak buat ibadat pun susah. Ya, pergi Mekah
tu bukan suka-suka, tapi nak buat ibadat. Ustaz kata, niat untuk ke sana mesti ada. Niat pun dah dapat
pahala. Betul tak ustaz ? Pakteh tak pandai... mengaji tak tinggi.
Hidup
perlu pengorbanan!. Apa pengorbanan yang kita telah buat terutamanya tahun ini.
Pengorbanan khusus yang Pakteh juruskan di sini ialah ibadat kurban. Seoatutnya
boleh dilakukan untuk kali ini. Untuk tahun 2006 ini. Pengorbanan umum tu,
semua orang pun dah biasa buat. Betul tak? Cuma antara sedar dengan tidak
sahaja. Kalau orang tak perkatakan mengenainya kita lupa pengorbanan seseorang
itu. Kita sendiripun banyak sudah berkurban untuk macam-macam perkara...
contohnya; demi anak-anak, isteri dan sebagainya maka kita telah kurbankan
sesuatu.
Mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Mekah itu bukan semuanya
orang-orang kaya. Orang miskin pun ramai. Itu kerana mereka
banyak berkorban untuk merealisasikan impian mereka menunaikan ibadat haji.
Semoga pengorbanan mereka ini mendapat ganjaran besar dari Allah.
Posted at 05:37 pm by
sstw06_1