REALITI DARI SEBUAH HAYALAN





sstw06_1
Male
Bdr Permaisuri
   

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31



FREE!! untuk anda!
Download ebuku doa pengasih sekarang.



Previous Post

Link Kawan-Kawan
[Bilik] [UstazMuda] [Pakngah] [UjangMD] [Dari Bilik Ini] [resipikawin] [Sepet] [Shaha] [Hisham] [DairiPakteh] [UZ06] [Belacanempire]
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Dec 4, 2006
Muslim sejati tidak masuk dua kali dalam satu lubang

oleh: Pakteh 

Kawan-kawan yang masih giat dan bekas-bekas anggota al Arqam sekalian. Cukuplah dengan impian lama anda yang macam-macam itu. Pergerakan al Arqam pula sudah lama diharamkan di Malaysia kerana ianya difatwakan sesat dan merosakkan akidah. Masih ramai pengikut al Arqam yang bergentayangan dan masih "rindu" kepada aktiviti lama mereka yang sebelum ini terpaksa dibekukan seketika kerana kekangan pihak kerajaan. Apabila mereka nampak pihak kerajaan mula kerang memantau mereka, maka mulalah tunjuk pandai dan cuba untuk menghidupkan amalan sesat itu semula.

Kita kesian dengan mentaliti mereka yang tersesat akidahnya ini. Susah nak dipulihkan. Masih nak berangan untuk dapat kembali mengamalkan amalan sesat itu. Apalah yang menyeronokkan sangat? Inilah padahnya kalau mengaji tanpa guru yang mursyid. Menuntut ilmu (agama) dengan pembacaan sahaja. Mudah nak jadi sesat. Ilmu agama dan akidah bukan boleh dituntut dengan membaca. Ilmu nak buka blog peribadi, boleh la. 

Pakteh ada juga menerima soalan-soalan berkenaan dengan "penyelamat dunia akhir zaman" dari seorang kawan semasa chatting dalam Yahoo Messenger akhir-akhir ini. Tinggal lagi Pakteh tak layan sangat, jawab gitu-gitu saja. Lagi pun, Pakteh tak reti nak berhujjah.

"Tak faham la Pakteh" 

Suatu ketika dulu, al Arqm diharamkan. Pihak kerajaan telah mengeluarkan fatwa dan memberi penerangan. Sepatutnya pengikut-pengikut ajaran sesat itu sudah boleh faham dan serik. Ini tidak. Nak juga buat hal yang menyesatkan itu. Sepatutnya peristiwa lama itu dijadikan sempadan dan dapat menimba pengalaman. Bukan buat pekak badak sahaja.

"Muslim sejati tidak masuk dalam satu lubang dua kali" itu adalah mafhum satu hadis nabi yang jelas menyindir orang yang tidak tahu berfikir untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam permasalahan yang serupa. Oleh itu, wahai kawan-kawan dalam Rufaqa' dan Arqam, fikirlah dengan kehalusan hatimu. Jangan terpedaya dengan omongan yang merugikan diri sendiri.

Rufaqa pun haram juga kerana sama sahaja dengan al Arqam. Ejaan nama dan sebut sahaja yang lain. Ajarannya serupa la.

Ketika Pakteh hadir kursus perdana di Klang bulan Sept yang lalu, Pakteh dapat penerangan dalam salah satu slot yang disampaikan oleh pegawai polis Bukit Aman. Beliau juga sudah menyebut tentang kembalinya ajaran al Arqam yang menyesatkan ini. Polis sudah lama menyedari percubaan untuk mewujudkan semula ajaran ini, cubacuba dibawa. Bila cukup masanya, baru hendak dicekup. Polis diam, bukan maknanya tidak buat kerja. Cuma menunggu masa dan ketika untuk bertindak. sengaja polis nak lihat berapa besarnya "lemak" yang


Posted at 06:39 pm by sstw06_1

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry