Hujung-hujung tahun begini, "tukar
sekolah" jadi bualan kebanyakan guru. Bagi yang berkerja di jabatan bukan
pendidikan pun ada juga yang bertukar ke tempat lain. Sama ada dengan melalui
permohonan ataupun dipindahkan. Fenomena biasa bagi guru-guru dan penjawat awam.
Kerja makan gaji, ikut perintah dengan setia tanpa bantah.
Suatu waktu dulu Pakteh juga sibuk
isi borang tukar untuk balik kampung. Bila hujung tahun sahaja menunggu
surat sama ada permohonan kali ini
berjaya atau tidak. Pakteh hendak tukar bukan kerana tidak sesuai berkerja di
tempat lama, cuma terlalu lama dan berhasrat untuk berkhidmat di negeri sendiri
pula sementara tenaga masih kuat dan otak masih boleh pakai. Kalau nak tunggu
kepala otak dah ting tong, bertugas di mana-mana pun sudah tidak jadi hal
lagi.
"Cikgu..
sya nak tukarkan anak saya ke sekolah Bt 29. Nak suruh anak duduk asrama" kata
seorang ibu murid pada saya beberapa hari yang lalu.
Ini lain
kes. Bukan berkenaan tukar tempat bertugas lagi. Ini berkenaan dengan murid.
Budak sekolah tempat Pakteh mengajar. Sebenarnya kes ini biasa sahaja. Cuma
Pakteh merasai sesuatu yang menyentuh hati kecil pakteh setelah habis berbual
dengan ibu murid itu.
Pakteh
kenal anak makcik ini. Murid sekolah ini bukannya ramai, hanya 89 orang sahaja semuanya. Kalau
sekolah besar hanya untuk 2 kelas sahaja. Anak makcik ini, memang kurang
bersemangat dalam pelajaran. Kerja rumah selalunya tidak disiapkan. Ada sesuatu
yang tersimpul di fikiran, anaknya ini kuat main, bebas bergaul dengan
kawan-kawan hinggakan pihak keluarga membuat keputusan untuk tempatkan anaknya
ini di sekolah berasrama.
Berbalik
kepada isu ibu mahu anaknya ditukarkan ke sekolah lain ini, pakteh terfikir...
betapa teruk sangat kah komitmen guru-guru di sekolah ini hinggakan nak tukarnya
anaknya. Seolah-olah sekolah ini tidak bagus. Sekolah lain yang bagus. Oleh
kerana Pakteh seorang guru, Pakteh fikir positif. Anak murid tidak pandai, tentulah salah cikgu
yang kurang mendidik muridnya sehingga pandai. Jadi cikgu yang bersalah.
Dengan itu, cikgu kena buat koreksi
dalam tugas P&P sebelum ini. Cikgu kena kuatkan azam dan tekad untuk
"memandaikan" anak didiknya. Cikgu jangan mengajar lebih kurang hanya melepaskan
batuk ditangga. Cikgu kena rajin masuk kelas dan mengajar dengan jujur dan
ikhlas, selain berserah kepada Tuhan agar Tuhan tunjukkan jalan kepada anak-anak
didik untuk memahami isi pelajaran di samping rajin berusaha untuk mengingat isi
pelajaran yang dipelajari.
Akan
tetapi bila di renung setiap muka murid-murid dalam kelas, ada pula yang pandai
dan dapat A. Cikgu, ibu bapa dan murid perlu tawakal kepada Allah. Allah yang
menentukan. Sepatutnya pihak keluarga kena fikir banyak kali sebelum membuat
keputusan menempatkan anaknya di asrama. Dikhuatiri anak itu akan menghadapi
stress yang lebih teruk dan peristiwa lari dari asrama biasa juga
terjadi.
"Apa
betul kah aku tak tahu mengajar" hendak tergelak pun ada.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan murid tidak pandai sebenarnya terlalu
banyak. Malas hendak cerita untuk kali ini. Bukan faktor utama kalau kita
menuduh guru tidak tahu mengajar sehinggakan anak-anak kita kurang pandai. Ada
la kebenarannya, tapi sumbangannya terlalu sedikit. Faktor lain yang lebih kuat
menyumbang kelembapan anak-anak.