REALITI DARI SEBUAH HAYALAN





sstw06_1
Male
Bdr Permaisuri
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



FREE!! untuk anda!
Download ebuku doa pengasih sekarang.



Previous Post

Link Kawan-Kawan
[Bilik] [UstazMuda] [Pakngah] [UjangMD] [Dari Bilik Ini] [resipikawin] [Sepet] [Shaha] [Hisham] [DairiPakteh] [UZ06] [Belacanempire]
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Nov 27, 2006
Judi hingga hujung nyawa

Judi tidak mengenal usia 

Oleh: Pakteh

Budaya nombor ekor menular di mana-mana. Ianya haram pada umat Islam dan tidak baik dari sudut moral agama lain. Islam menetapkan judi adalah haram, kenapa? Secara ringkas ingin saya jelaskan makna "judi". Judi ialah apabila melibatkan pertaruhan (dlm bentuk apa) sekalipun. Ada pihak yang mengalami kerugian, dan ada pihak yang untung. Kalau untung, tentulah bergembira. Sedangkan pihak yang kalah / rugi itu akan merasa tidak puas hati dan sedih. Oleh itu, Islam mengharamkan judi ke atas umatnya.

Di sini bukan saya nak bersyarah tentang judi, cuma ingin mencatatkan hasil pemerhatian saya ke atas masyarakat sekeliling. Suatu hari, kira-kira 12.00pm sedang saya minum teh O di warung ada seorang lelaki yang sudah berusia sedang membuat kutipan dari orang ramai yang ingin mengirimkan duit kerana membeli nombor ekor.

 

Mati dalam perjalanan ke kedai judi

Apa yang saya saksi sebentar tadi mengingatkan saya kepada seseorang semasa saya bertugas di Kota Tinggi Johor sekitar tahun 90-an. Saya pindah ke Terengganu pertengahan 2004 yang lalu.

Lelaki yang di Johor itu bermana Pakmat Besi (bukan nama sebenar) juga main peranan macam lelaki tua tadi, iaitu menerima tempahan untuk beli nombor. Bezanya lelaki di Johor itu usianya lebih muda sedikit dari yang ini. Usianya sekitar 50an. Berbanding "datuk" ini sudah berusia sekitar 70-80an!

Pakmat Besi meninggal dalam perjalanan ke kedai nombor ekor. Memang hebat perjuangannya! Menemui ajal ketika dalam perjalanan menjalankan "tugas".

Hasil yang Pakmat Besi perolehi pula bagaimana? Oh! begini... Kalau sesiapa yang mengirim nombor itu menang nombor, hasilnya antara 10-50% dikongsikan dengan Pakmat Besi. Kira berbaloi la usahanya. Susah payah yang dilalui Pakmat Besi ialah berulang alik untuk beli, dapatkan keputusan dan ambil wang kemenangan dari kampung (felda) ke bandar Kota Tinggi yang jaraknya ialah 43km. Pakmat Besi bermotorsikal atau sesekali mengajak kawan-kawan yang ada kereta. Biasanya kalau ada yang menang besar, Pakmat akan sewa kereta untuk ke Kota. Tak  mahu cerita panjang la, orang tu pun dah meninggal.
 

Masih ada esok bagimu

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya kembali kepada Allah dan bertaubat. Akan tetapi, menurut kata ustaz yang mengajar di surau berkata: kalau usia sudah melebihi 40 tahun tetapi masih belum berubah maka sampai matilah sifat orang itu tidak akan berubah. Kalau benar seperti yang dikata, makna orang tua itu tidak mungkin berubah sifatnya yang suka judi dan beli nombor. Maka 1 orang lagi bakal mati dalam kerja maksiat seperti cerita di atas.

Walaubagaimanapun, kita optimis bahawa orang itu akan berubah suatu waktu. Entah bila, hanya Tuhan yang tahu. Dan kita kena ingat bahawa Allah tidak menerima taubat hambanya yang nyawanya sudah berada di halkum. Kepada mereka yang sering buat maksiat tu, malulah sikit... jangan terang-terangan sangat.


Posted at 11:00 am by sstw06_1
Comment (1)  

Nov 25, 2006
Pronoton kemestian bagi lelaki


Diedarkan oleh Mayfirst

Baru saja saya mengetahui mengenai ubat yang bersifat seperti makanan tambahan. Namanya "Pronoton". Saya mengetahui ubat ini apabila diperkenalkan oleh abang saya sendiri apabila kebetulan pada waktu itu saya mengalami sakit pinggang yang teruk akibat radang pada buah pinggang dan batu karang.

Pronoton diedarkan secara jualan langsung oleh syarikat
Mayfirst. Saya hanya pengedar, bukan wakil syarikat. Saya nak sentuh sikit mengenai pronoton ini kerana bagi saya ia cukup baik untuk dicuba oleh semua lelaki. Tambahan pula setelah menonton rakaman penerangan yang disampaikan sendiri oleh Dr Mohd Ismail Mohd Tambi, pakar sakit tuan. Dan ubat ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta pengesahan halal oleh JAKIM.

Kepada yang ingin mencubanya boleh sms saya (0137300520). Harganya seperti yang disyorkan oleh upline saya, ialah RM15 untuk 2 biji. Kalau nak jadi ahli pun boleh tinggal isi borang sahaja dengan bayaran RM15 itu. Saya ada penyakit darah tinggi dan angin medu/uluran. Produk Mayfirst ini sesuai. Saya cuba beberapa produk nampaknya berkesan untuk orang yang berpenyakit seperti saya.



Posted at 05:47 pm by sstw06_1
Make a comment  

Nov 22, 2006
Kontraktor

Wau tajuk "kontraktor".... apa-apa aje la. Sebab apa, saya ni kalau terlalu fikirkan sangat, tak jadi nak menulis. Biasanya perkataan pertama itu yang paling susah nak tulis. Bila dah mula dengan perkataan pertama, tulisan tererusnya jadi lancar macam "air di longkang" itu juga.


Gambar 1

Secara kasarnya sudah hampir memasuki tahun ke-3 projek ini terbengkalai. Ada 2 projek sebenarnya. Iaitu saluran air paip sebesar tong dram dan longkang tepi jalan. Seperti di dalam gambar tu.

Kontraktor Paip VS Longkang
Paip air sebesar tong dram ditanam ditepi jalan ini. Sikap ambil mudah kontraktor terbabit dengan cara memecahkan saliran air bawah tanah, kemudian tidak membetulkan semula. Ini menyebabkan aliran air terganggu.

Konkrit 4 segi di gambar 1 di atas adalah sebahagian kesan nyata projek paip air yang tidak siap sepenuhnya sampai sekarang. Merbahaya la juga. Kedudukannya di selekoh dan di tepi jalan. Mungkin nak tunggu ada motor atau kereta yang terperusuk ke dalamnya baru semua pihak akan buka mata.

Longkang di sebelahnya itu, baru sahaja minggu ini disudahkan binaannya sebab dah nak masuk tengkujuh tahun 2006 ni. Dan nampaknya air boleh mengalir dengan baik ke tempat sepatutnya. Terima kasih kepada pihak majlis daerah dan kontraktor berkenaan walaupun saya sakit hati melihatnya sudah lama. Kalau boleh saya tidak mahu "kacau" kerja orang. Biar orang berkenaan itu tahu sendiri kerjanya yang tidak siap. Pihak majlis daerah terbabit pun, faham-faham sajalah. Jangan ingat orang kampung macam saya ni tidak tahu apa-apa.


Gambar 2


Ini pula berkenaan kalvert yang dipecahkan oleh pembinaan paip air. Dua tahun dibiarkan berlubang besar. Pernah tayar lori termasuk dalam lubang tu, tapi OK... maklumlah tayar lori. Kalau kereta, rosak juga kereta itu agaknya. Surprise

20hb Nov - mula lah datang kontraktor (baru) cuba mengatasi keadaan merbahaya ini. Gambar 2 itu lah hasilnya. Faham saya, apabila simen mengeras, tanah dimasukkan untuk meratakan kawasan terbabit. Keberkesanannya... sukar nak ramalkan. Kena lihat bila tiba betul-betul hujan lebat nanti.


Posted at 12:42 pm by sstw06_1
Comments (2)  

Oct 23, 2006
Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA

24 Okt - Seluruh umat Islam di Malaysia menyambut hari kemenangan. Selamat Hari Raya untuk semua pakteh ucapkan. Teristimewa buat ibunda di Kg Langkap serta ibu dan bapa mertua di Kg Jerus, Pasir Putih Kelantan.

Dalam suasana gembira menyambut hari raya ini, teringat la pula kepada umat Islam di Kedah dan Perlis yang dilapurkan kebanjiran dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, lantaran kediaman dinaiki air. Kepada mereka, sabar lah menghadapi ujian Allah SWT. Pakteh hanya bersimpati dengan nasib mereka.

22 Okt - Pakteh memandu ke KTR untuk meninjau keadaan di bandar. Sibuk juga dengan kenderaan kereta & motor bertali arus. Wah! macam bandaraya JB jer!. Pakteh pernah tinggal di JB sebelum ini.

Letak kenderaan merata tempat

Pakteh nak komen sikit la mengenai gambar di sebelah ni. Dirakam pukul 2.00pm, masa pakteh keluar simpang dari rumah pakteh. Kereta merah diletakkan tepi jalan berdekatan simpang. Memang macam tak ada salahnya. Cuma betul lah undang-undang melarang kita meletakkan kenderaan berhampiran simpang ni, kerana menghalang pandangan pemandu yang hendak keluar dari simpang.

Masa nak keluar simpang itu tadi, memang sukar sebab tidak nampak kereta yang datang dari arah belakang avanza yang cantik itu. Ambil masa juga lah... teragak-agak dibuatnya, sebab tak nampak!

Itulah sebabnya kemalangan banyak berlaku. Sikap pengguna jalanraya sendiri yang ambil mudah. Letak kenderaan sesuka hati saja.

Memotong sebelah kiri

Motorsikal pun satu hal juga ego pemandunya. Potong ikut suka hati. Kiri kanan dah tak kisah lagi asal lepas sahaja. Tapi kena ingat... nasib kita tidak selalu baik. Buatnya kereta yang kita potong kiri itu tidak perasan kita nak memotongnya... buatnya dia hempit ke kiri, naya dibuatnya. Mula la nak salahkan orang.

 


Posted at 05:04 pm by sstw06_1
Comments (2)  

Ikut nafsu lesu, ikut hati mati

Isk tak perlulah saya tulis sekolah mana. Cuma saya hanya menyebut sekolah tempat anak saya belajar. Apa yang saya rasa terkilan ialah cikgu sekolah buat kelas tambahan pada masa yang bagi saya tidak sesuai kerana sepatutnya masa itu adalah masa solat zohor dan makan. Anak saya makan di rumah la. Sebab saya hanya bekalkan RM1 sahaja ke sekolah. Lagipun kelas diadakan secara serta merta tanpa terlebih dahulu dimaklumkan kepada ibu bapa.

Sebenarnya kelas itu adalah kelas "baucer tusyen". Di Terengganu ada kelas macam ini. Kat negeri lain, saya kurang pasti. Ada atau tidak. Pukul 1.15pm – 2.45pm adalah waktu rehat murid. Ia adalah waktu emas. Ini memandangkan pada 2.45pm murid akan masuk kelas KAFA hingga pukul 4.45pm. Bayangkan padatnya masa. Kalau waktu rehat itu diambil untuk dipenuhi dengan  kelas tambahan, bila masa murid nak makan? Itu lah persoalannya.

Saya tahu anak saya dalam kelaparan kalau nak tunggu hingga
4.45pm dan 5.00pm baru sampai rumah. Sebabnya dia tidak sarapan berat masa ke sekolah sebelah pagi. Dia tidak dapat makanan rmt. Dia hanya ada RM1 sahaja.

Cikgu pun lapar juga masa tu. Namun bagi saya cikgu lain. Sebab duit masuk, lapar sikit tak apa. Malah cikgu banyak duit untuk makan terlebih dahulu waktu terluang sebelum buat kelas. Dalam hal ini apabila ibu bapa membuat teguran, jangan dipandang remeh. Satu peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Posted at 11:22 am by sstw06_1
Make a comment  

Oct 11, 2006
Sejauh Mana Menyeluruhnya Pengagihan Wang Ihsan

"Wang Ihsan" hanya di Terengganu sahaja adanya istilah ini. Kedengarannya seperti bantuan kewangan untuk golongan miskin. Di Terengganu wang ihsan ini timbul semenjak zaman PAS memerintah negeri Terengganu dan berlanjutan hingga sekarang. Khabarnya RM400 juta diperuntukkan untuk projek wang ihsan bagi tahun 2006 ini.

Apabila disorot lebih dekat, pengagihan wang ihsan ini tidak telus. Hanya mereka yang menyokong kerajaan Barisan Nasional sahaja yang dapat. Persoalannya dasar ini ditetapkan oleh pihak atasan atau pihak JKK sahaja? Umum mengetahui pengagihan wang ihsan ini adalah untuk semua ketua keluarga di seluruh negeri Terengganu yang berpendapatan bulanan kurang RM2000. Hakikatnya tidak sedemikian apabila didapati masih ramai yang tergolong dalam kategori ini disisihkan haknya kerana disyakki menyokong PAS.

Inilah yang mendorong supaya saya berkata "pengagihan wang ihsan ini tidak adil" Ia hanya diperuntukkan untuk kroni dan suku sakat sahaja, bukan untuk golongan miskin seperti yang diwarkan. Seorang pengerusi JKK yang (saya tidak mahu sebut namanya) berkata: "mereka yang tak dapat tu, bukan salah dia... salah pejabat" Bagi saya, kenyataan ini seolah-olah ingin melepaskan diri dari penipuan yang dia dengan sengaja lakukannya! Ini kerana pada pendapat saya, kalau orang dayak sekalipun... sekiranya pihak JKK masukkan dan syorkan nama kepada pihak pejabat, dah tentu dapat wang tersebut. Maksud saya pihak JKK dengan sengaja menyekat rezeki orang dengan menyingkirkan nama beberapa orang tertentu dalam kampungnya yang dikenalpasti penyokong pembangkang.


Posted at 11:43 am by sstw06_1
Make a comment  

Sep 10, 2006
Pelancaran AmirulFC KL


Posted at 11:56 am by sstw06_1
Make a comment  

Aug 30, 2006
Lagi SMS yang luar biasa

Saya baru menerima SMS yang saya turunkan di bawah untuk renungan bersama. Kebenarannya, Wallahu aklam:

PENGUMUMAN. Pertubuhan Melayu Kristian (MURTAD) mengedarkan secara PERCUMA.. Kitab INJIL dlm bhs mlyu AL-KITAB. B'mula dr mlm 21/8, 1 Gereja di Damansara akan edarkan kitab ini. B'hati2! jenama air mineral AL-BARAKAH, AL-MANSUR & BESTARI dicmpur Holy Water. Klu ada yg bg free, jgn minum! Nnti xblh mngucp 2 kalimah syahadah! Klu prihatin, edarkn kpd sedara2 se ISLAM sblm tlmbt, utk mkluman.

Anda nilai sendiri kebenarannya, elok kalau di siasat dan buat pembetulan... updated di sini.


Posted at 05:53 pm by sstw06_1
Comment (1)  

Mesej Buat Amirul

Assalamualaikum dan salam sayang buat Amirul Azwan.

Bila rindu melihat aksi terbaru Amirul di TV, makanya saya mengutuskan coretan ini. Biar apa orang kata, Amirul adalah bintang saya. Kenapa? Jawapannya ialah wajah Amirul yang kiut @ kelincahan tarian Amirul itu.

Saya puas hati dengan tingkahlaku Amirul setakat ini. Cuma ingin saya kuatkan lagi harapan saya terhadap Amirul, lalu saya coretkan di sini.

Antaranya;

1. Tutur kata dengan peminat hendaklah bersopan sepanjang masa. Sekalipun kita sedang penat dan sibuk.

2. Senyum. Kena banyak senyum. Ia lambang peribadi kita seindah anugerah Allah pada diri Amirul.

3. Hormat ibu dan orang tua. Jangan bantah. Amirul sememangnya seorang anak manja dan baik. Bertuah ibu Amirul kerana ada anak yang comel dan baik akhlak.

4. Jaga penampilan. Penampilan diri terutamanya apabila di hadapan media.

Banyak yang ingin saya coretkan, cuma setakat itu dulu buat kali ini. Kesudian Amirul membacanya pun, satu penghargaan yang besar bagi saya. Kerana saya tahu, artis terkenal seperti Amirul, sangat sibuk untuk membaca coretan saya. Saya akan tulis lagi nanti. Cayyannnnnk!

Sekian.

Mohd Yasin Ismail
TAK8196


Posted at 05:42 pm by sstw06_1
Comments (6)  

Aug 19, 2006
Majlis Kahwin Musim Cuti Sekolah

Pendek kata setiap hari ada jemputan yang perlu dipenuhi sepanjang musim cuti sekolah kali ini. Pertengahan tahun gitu, tentulah ramai yang mengambil kesempatan untuk menyempurnakan hajat "mendirikan masjid". Bukan apa... mudah lah untuk mereka yang berkerja untuk hadir tambahan pula anak-anak pun cuti sekolah.

20hb Ogos, hadir jemputan di Kelantan.... kampung aruah atok. Majlis tentunya di rumah emak saudara. Emak dan kakak akan turut hadir.


Posted at 06:15 pm by sstw06_1
Make a comment  

Previous Page Next Page