|
oleh: Pakteh Kawan-kawan yang masih giat dan bekas-bekas anggota al Arqam
sekalian. Cukuplah dengan impian lama anda yang macam-macam itu. Pergerakan al
Arqam pula sudah lama diharamkan di Kita kesian dengan mentaliti mereka yang tersesat akidahnya
ini. Pakteh ada juga menerima soalan-soalan berkenaan dengan "penyelamat dunia akhir zaman" dari seorang kawan semasa chatting dalam Yahoo Messenger akhir-akhir ini. Tinggal lagi Pakteh tak layan sangat, jawab gitu-gitu saja. Lagi pun, Pakteh tak reti nak berhujjah. "Tak faham la Pakteh" Suatu ketika dulu, al Arqm diharamkan. Pihak kerajaan telah mengeluarkan fatwa dan memberi penerangan. Sepatutnya pengikut-pengikut ajaran sesat itu sudah boleh faham dan serik. Ini tidak. Nak juga buat hal yang menyesatkan itu. Sepatutnya peristiwa lama itu dijadikan sempadan dan dapat menimba pengalaman. Bukan buat pekak badak sahaja. "Muslim sejati tidak masuk dalam satu lubang dua kali" itu adalah mafhum satu hadis nabi yang jelas menyindir orang yang tidak tahu berfikir untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam permasalahan yang serupa. Oleh itu, wahai kawan-kawan dalam Rufaqa' dan Arqam, fikirlah dengan kehalusan hatimu. Jangan terpedaya dengan omongan yang merugikan diri sendiri. Ketika Pakteh hadir kursus perdana di Klang bulan Sept yang
lalu, Pakteh dapat penerangan dalam salah satu slot yang disampaikan oleh
pegawai polis Bukit Aman. Beliau juga sudah menyebut tentang kembalinya ajaran
al Arqam yang menyesatkan ini. Polis sudah lama menyedari percubaan untuk mewujudkan
semula ajaran ini, |
| Leave a Comment: |