|
Hujung-hujung tahun begini, "tukar
sekolah" jadi bualan kebanyakan guru. Bagi yang berkerja di jabatan bukan
pendidikan pun ada juga yang bertukar ke tempat lain. Sama ada dengan melalui
permohonan ataupun dipindahkan. Fenomena biasa bagi guru-guru dan penjawat awam.
Kerja makan gaji, ikut perintah dengan setia tanpa bantah.
Suatu waktu dulu Pakteh juga sibuk isi borang tukar untuk balik kampung. Bila hujung tahun sahaja menunggu surat sama ada permohonan kali ini berjaya atau tidak. Pakteh hendak tukar bukan kerana tidak sesuai berkerja di tempat lama, cuma terlalu lama dan berhasrat untuk berkhidmat di negeri sendiri pula sementara tenaga masih kuat dan otak masih boleh pakai. Kalau nak tunggu kepala otak dah ting tong, bertugas di mana-mana pun sudah tidak jadi hal lagi. "Cikgu.. sya nak tukarkan anak saya ke sekolah Bt 29. Nak suruh anak duduk asrama" kata seorang ibu murid pada saya beberapa hari yang lalu. Ini lain kes. Bukan berkenaan tukar tempat bertugas lagi. Ini berkenaan dengan murid. Budak sekolah tempat Pakteh mengajar. Sebenarnya kes ini biasa sahaja. Cuma Pakteh merasai sesuatu yang menyentuh hati kecil pakteh setelah habis berbual dengan ibu murid itu. Pakteh kenal anak makcik ini. Murid sekolah ini bukannya ramai, hanya 89 orang sahaja semuanya. Kalau sekolah besar hanya untuk 2 kelas sahaja. Anak makcik ini, memang kurang bersemangat dalam pelajaran. Kerja rumah selalunya tidak disiapkan. Ada sesuatu yang tersimpul di fikiran, anaknya ini kuat main, bebas bergaul dengan kawan-kawan hinggakan pihak keluarga membuat keputusan untuk tempatkan anaknya ini di sekolah berasrama. Berbalik kepada isu ibu mahu anaknya ditukarkan ke sekolah lain ini, pakteh terfikir... betapa teruk sangat kah komitmen guru-guru di sekolah ini hinggakan nak tukarnya anaknya. Seolah-olah sekolah ini tidak bagus. Sekolah lain yang bagus. Oleh kerana Pakteh seorang guru, Pakteh fikir positif. Anak murid tidak pandai, tentulah salah cikgu yang kurang mendidik muridnya sehingga pandai. Jadi cikgu yang bersalah. Dengan itu, cikgu kena buat koreksi dalam tugas P&P sebelum ini. Cikgu kena kuatkan azam dan tekad untuk "memandaikan" anak didiknya. Cikgu jangan mengajar lebih kurang hanya melepaskan batuk ditangga. Cikgu kena rajin masuk kelas dan mengajar dengan jujur dan ikhlas, selain berserah kepada Tuhan agar Tuhan tunjukkan jalan kepada anak-anak didik untuk memahami isi pelajaran di samping rajin berusaha untuk mengingat isi pelajaran yang dipelajari. Akan tetapi bila di renung setiap muka murid-murid dalam kelas, ada pula yang pandai dan dapat A. Cikgu, ibu bapa dan murid perlu tawakal kepada Allah. Allah yang menentukan. Sepatutnya pihak keluarga kena fikir banyak kali sebelum membuat keputusan menempatkan anaknya di asrama. Dikhuatiri anak itu akan menghadapi stress yang lebih teruk dan peristiwa lari dari asrama biasa juga terjadi. "Apa betul kah aku tak tahu mengajar" hendak tergelak pun ada. Faktor-faktor lain yang menyebabkan murid tidak pandai sebenarnya terlalu banyak. Malas hendak cerita untuk kali ini. Bukan faktor utama kalau kita menuduh guru tidak tahu mengajar sehinggakan anak-anak kita kurang pandai. Ada la kebenarannya, tapi sumbangannya terlalu sedikit. Faktor lain yang lebih kuat menyumbang kelembapan anak-anak. |
| Leave a Comment: |